Posted in: UNIFI

Saya Nak Internet Paling Laju!

Nanti dulu bro…!

Sebelum melanggan pakej internet berkelajuan tinggi semak dahulu beberapa perkara penting ini, agar tidak berlaku pembaziran.

1) Jumlah Pengguna.

Cuba kenal pasti berapa pengguna internet di rumah anda sebelum melanggan pakej internet fibre.

Cadangan :

  • 1-2 orang (30~100 Mbps)
  • 3-4 orang (100 Mbps ke atas)
  • 5 ke atas (300 Mbps ke atas)

2) Keperluan.

Fikir sejenak, untuk apa anda perlu ada internet yang laju di rumah? Sekiranya untuk kegunaan email/sosial media/whatsapp, anda tidak memerlukan kelajuan yang tinggi. Tetapi sekiranya anda gunakan untuk menonton TV internet, dan strim video, kelajuan yang tinggi sangat berguna untuk anda.

3) Kemampuan Peranti.

Ini poin penting yang sering kita salah faham. Ada sesetengah berpendapat sekiranya melanggan pakej 800 mbps, peranti anda seperti laptop/telefon pintar akan mencapai kelajuaan 800 mbps. Ianya kurang tepat, sebenarnya kebanyakan peranti yang menggunakan WiFi hanya mampu menerima kelajuan maksimum 300 mbps sahaja. Jadi, tidak pelik sekiranya anda melanggan pakej 800 mbps, tetapi hanya mendapat kelajuan 300 mbps sahaja.

Diharapkan, anda dapat pertimbangkan dahulu 3 poin penting ini, sebelum memilih pakej internet di rumah anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *